Tuesday 4 December 2012

~Ikatan yang terjalin~

Jalinan yang terikat di antara ibu dan anak tidak mungkin akan terurai dengan mudahnya. Hanya ajal dan maut sahaja yang mampu memisahkan kita. Mungkin anda pernah dengar bahawa kasih ibu membawa ke syurga. Ya, kasih sayang ibu terhadap anaknya melebihi segalanya termasuklah nyawanya sendiri. Mereka sanggup bertarung nyawa apabila Dia mula membuat keputusan untuk memberikan Kita melihat kehidupan di dunia ini. Bermulalah tugas ibu yang untuk mencorak keperibadiaan anaknya yang ibarat kain putih yang masih lagi suci. Tugas ibu bukan sahaja memberikan anaknya ilmu untuk meneruskan kehidupan di dunia ini tetapi sang Ibu turut memberikan bekalan agama yang dapat memenuhi iman di dada agar sang anak selamat di dunia dan juga akhirat. Tetapi adakah perlindungan yang diberikan oleh sang ibu akan terus berkekalan terhadap anaknya?

2 comments:

  1. ibu mmg sentiasa menjadi perlindung utk anak2 nya..

    ReplyDelete
  2. ibu dilihat sebagai perisai bagi anak-anak mereka.

    ReplyDelete