Wednesday, 5 December 2012

~Jalan-jalan cari ihlam~

Subhanallah! begitu cantik sekali pemandangan masjid di Putrajaya ketika matahari mula berlabuh melepaskan tirainya. Rasanya tidak sabar untuk menjejaki kaki ke masjid itu untuk menunaikan solat secara berjemaah!. Pahala orang yang bersembayang secara berjemaah lebih banyak dari orang yang sembayang sendiri. Tetapi hari demi hari bilangan saf di masjid semakin mengecil bilangannya. Adakah umat manusia sekarang semakin sibuk dengan kehidupan duniawi ataupun mereka lebih selesa bersembayang sendirian di rumah yang mungkin memberikan mereka ketenangan. Wallahualam. Tujuan aku dan rakan-rakan pergi ke Putrajaya adalah untuk mencari ilham cerpen experimental yang kami harus lakukan. ya, semoga malam itu memberikan kami idea  untuk melakarkan dan mencoretkan cerpen kami dengan jayanya...AMIN

1 comment:

  1. cantiknya..tp syg nyue xpernh g sne ag..huhuhu

    ReplyDelete