Tuesday 4 December 2012

~Kaulah Murabbiku~

Suasana yang hening dan ditemani bunyian semulajadi memberikan satu ketenangan yang sukar untuk memperolehi dan saat-saat itu telah memberikan aku satu ilham.
"Kaulah murabbiku" merupakan satu tajuk yang begitu mencuit perasaan ku tatkala ku melihat perkataan tersebut di salah sebuah majalah. Perkataan Murabbi itu  dalam Islam membawa maksud yang lebih luas melebihi tahap mu’allim. Konsep Murabbi merujuk kepada pendidik yang bukan sahaja mengajarkan sesuatu ilmu tetapi dalam masa yang sama cuba mendidik rohani, jasmani, fizikal dan mental anak didiknya untuk menghayati dan mengamalkan ilmu yang telah dipelajari. Murabbi lebih menumpukan penghayatan sesuatu ilmu, sekali gus membentuk keperibadian, sikap dan tabiat anak didiknya. Tugas murabbi lebih berlegar di hati.
tugas Murabbi yang begitu besar membuatkan aku berfikir sejenak. siapakah tokoh yang bakal menghidupkan tugas Murabbiku?.

No comments:

Post a Comment