Monday 26 November 2012

ketenangan yang sukar dicari

Syukur yang teramat kepada Sang Pencipta yang masih mengizinkan kita hidup di dunia yang hanya persinggahan ini. Panorama di atas dapat memberi ketenangan kepada setiap insan termasuklah aku. Ya, ketenangan tersebut dapat dikecapi apabila kita duduk seorang diri melihat keindahan alam sambil ditemani bayu angin yang lembut menyapa sekaligus membuatkan kita terbuai-buai di awangan. Mungkin alam berkongsi segala perasaan yang kita alami dan ajaibnya segala gundah-gulana semakin menjauh dan hilang dibuai oleh sang angin yang menyapa. Alangkah seronoknya jika panorama seperti ini dapat dikekalkan di bumi persinggahan ini.

2 comments:

  1. Ketenangan itu sukar untuk dimengertikan. Ketenangan itu juga sukar untuk dicari. Namun segalanya bukanlah mustahil untuk kita gapaikan.. Semoga kamu memperoleh ketenangan yang kamu cari dan impikan..
    Jangan sesekali kita biarkan diri kita terbuai di awangan nescaya akan terleka kita untuk selamanya..

    ReplyDelete
  2. Afiqah
    Tahniah blognya.
    Selepas ini mula tumpu pada 'TOKOH'!

    ReplyDelete