~Teratak Pujangga~
...Jangan kita terlalu mengejar kejayaan tetapi kejarlah kecemerlangan kerna kejayaan pasti akan menyusul di belakang kecemerlangan...
Friday, 7 December 2012
Wednesday, 5 December 2012
~Jalan-jalan cari ihlam~
Subhanallah! begitu cantik sekali pemandangan masjid di Putrajaya ketika matahari mula berlabuh melepaskan tirainya. Rasanya tidak sabar untuk menjejaki kaki ke masjid itu untuk menunaikan solat secara berjemaah!. Pahala orang yang bersembayang secara berjemaah lebih banyak dari orang yang sembayang sendiri. Tetapi hari demi hari bilangan saf di masjid semakin mengecil bilangannya. Adakah umat manusia sekarang semakin sibuk dengan kehidupan duniawi ataupun mereka lebih selesa bersembayang sendirian di rumah yang mungkin memberikan mereka ketenangan. Wallahualam. Tujuan aku dan rakan-rakan pergi ke Putrajaya adalah untuk mencari ilham cerpen experimental yang kami harus lakukan. ya, semoga malam itu memberikan kami idea untuk melakarkan dan mencoretkan cerpen kami dengan jayanya...AMIN
~Hasil Nukilanku~
Lamunan itu terus terhenti tatkala mendengar
alunan suara azan dari biliknya. Delisya tidak tahu mengapa langkah kakinya
terus menuju ke bilik air. Oh Tuhan!, pipi mungil miliknya dihiasi dengan
curahan mutiara yang cukup bersinar apabila beliau merasakan dirinya sekecil
kuman yang cukup hina untuk berada disisi Allah S.W.T. Air yang keluar dari
pili air tersebut digunakan dengan sebaiknya oleh Delisya untuk menyucikan
dirinya. Satu perasaan yang sudah lama hilang dalam dirinya. Rasa tenang dan
aman mula menyelubunginya. Hamparan kain batik yang tidak pernah digunakan
dijadikan senjadah untuk bersujud kepadaNya. Selimut nipis yang menemani malamnya dijadikan
telekung untuk menutup auratnya. Kakinya ditutupi dengan stoking nipis. Maka
menangislah syaitan yang mengelilingi hamba Allah tersebut apabila salah satu
fardu ain telah dilakukan oleh Delisya dengan khusyuknya.
~Bingung~
OHH!!!! aku BINGUNG!
Begini lah rupa ku ketika memikir idea untuk menyudahi cerpen experimental. Kadang-kala aku sendiri pun tidak mengerti apa yang aku karangkan. Adakah cerpen aku sudah menjadi?. Cerpen experimental ini kalau pembaca tidak faham maka berjayalah cerpen yang aku hasilkan. Tetapi kalau pengarangnya sendiri tidak mengerti adakah ia membawa erti kejayaan juga??..
Begini lah rupa ku ketika memikir idea untuk menyudahi cerpen experimental. Kadang-kala aku sendiri pun tidak mengerti apa yang aku karangkan. Adakah cerpen aku sudah menjadi?. Cerpen experimental ini kalau pembaca tidak faham maka berjayalah cerpen yang aku hasilkan. Tetapi kalau pengarangnya sendiri tidak mengerti adakah ia membawa erti kejayaan juga??..
~Rindu yang mula menjular~
Tuntuntan kerja yang masih membelungi membuatkan aku sudah lama tidak menemui keluarga ku. Rindu dengan masakan ibu, rindu melihat wajah ayah, rindukan untuk bergaduh manja ngan adik dan rindukan suasana yang riuh rendah. Walaupun tuntutan kerja masih lagi belum dapat disiapkan namun perasaan rindu tidak dapat menghalang aku untuk terus menetap di bumi ukm pada hujung minggu ini. Semoga kepulangan ku ke kampung dapat memberi ihlam yang melimpah ruah...BATU PAHAT i'm coming :-)
~Kembali lah~
Ohh!! cepatnya masa kanak-kanak berlalu. Seakan baru semalam aku bermain-main dengan rakanku. Zaman kanak-kanak merupakan detik yang paling gembira untuk dilalui. Apa yang kita tahu cuma makan, main, tengok siaran kartun kegemaran dan main lagi!. Tiada bebanan yang terpaksa dipikul pada saat itu. Tatkala umur mula menginjak naik, maka bertambah lah beban dalam hidup kita. Pada saat ini kita akan mula memikirkan REALITI kehidupan berbanding IMAGINASI dalam menjalani kehidupan. Imaginasi aku semakin lama, semakin hilang. Adakah aku sudah mula bersifat kedewasaan walhah aku masih lagi meminati rancangan kartun. Menonton rancangan kartun sebenarnya dapat mengembalikan keceriaan dan keriangan dalam hidup ku. Aku ingin sekali berada di alam kanak-kanak yang disinari keceriaan yang tulus. Oh IMAGINASI, muncul lah sekarang untuk aku menyiapkan tugasan ku.
Tuesday, 4 December 2012
~Ikatan yang terjalin~
Jalinan yang terikat di antara ibu dan anak tidak mungkin akan terurai dengan mudahnya. Hanya ajal dan maut sahaja yang mampu memisahkan kita. Mungkin anda pernah dengar bahawa kasih ibu membawa ke syurga. Ya, kasih sayang ibu terhadap anaknya melebihi segalanya termasuklah nyawanya sendiri. Mereka sanggup bertarung nyawa apabila Dia mula membuat keputusan untuk memberikan Kita melihat kehidupan di dunia ini. Bermulalah tugas ibu yang untuk mencorak keperibadiaan anaknya yang ibarat kain putih yang masih lagi suci. Tugas ibu bukan sahaja memberikan anaknya ilmu untuk meneruskan kehidupan di dunia ini tetapi sang Ibu turut memberikan bekalan agama yang dapat memenuhi iman di dada agar sang anak selamat di dunia dan juga akhirat. Tetapi adakah perlindungan yang diberikan oleh sang ibu akan terus berkekalan terhadap anaknya?
~Kaulah Murabbiku~
Suasana yang hening dan ditemani bunyian semulajadi memberikan satu ketenangan yang sukar untuk memperolehi dan saat-saat itu telah memberikan aku satu ilham.
"Kaulah murabbiku" merupakan satu tajuk yang begitu mencuit perasaan ku tatkala ku melihat perkataan tersebut di salah sebuah majalah. Perkataan Murabbi itu dalam Islam membawa maksud yang lebih luas melebihi tahap mu’allim.
Konsep Murabbi merujuk kepada pendidik yang bukan sahaja mengajarkan sesuatu
ilmu tetapi dalam masa yang sama cuba mendidik rohani, jasmani, fizikal dan
mental anak didiknya untuk menghayati dan mengamalkan ilmu yang telah
dipelajari. Murabbi lebih menumpukan penghayatan sesuatu ilmu, sekali gus
membentuk keperibadian, sikap dan tabiat anak didiknya. Tugas murabbi lebih
berlegar di hati.
tugas Murabbi yang begitu besar membuatkan aku berfikir sejenak. siapakah tokoh yang bakal menghidupkan tugas Murabbiku?.
Thursday, 29 November 2012
~Tidak berperikemanusiaan~
Surah 103 : Al-'Asr ( Ayat 1 - 3 )
Syukur Alhamdulilah sekali lagi kita dibenarkan hidup di dalam dunia ini
tapi adakah kita menggunakan peluang kehidupan ini dengan sebaik-baiknya?
tepuk dada tanyalah selera
mari kita semua renungkan makna disebalik surah ini. Ya, masa sememangnya tidak berperikemanusiaan...
masa tidak akan menunggu kita walau sedetik pun..
TETAPI..
apakah yang akan berlaku sekirannya masa MENUNGGU kita?
Syukur Alhamdulilah sekali lagi kita dibenarkan hidup di dalam dunia ini
tapi adakah kita menggunakan peluang kehidupan ini dengan sebaik-baiknya?
tepuk dada tanyalah selera
mari kita semua renungkan makna disebalik surah ini. Ya, masa sememangnya tidak berperikemanusiaan...
masa tidak akan menunggu kita walau sedetik pun..
TETAPI..
apakah yang akan berlaku sekirannya masa MENUNGGU kita?
Monday, 26 November 2012
ketenangan yang sukar dicari
Syukur yang teramat kepada Sang Pencipta yang masih mengizinkan kita hidup di dunia yang hanya persinggahan ini. Panorama di atas dapat memberi ketenangan kepada setiap insan termasuklah aku. Ya, ketenangan tersebut dapat dikecapi apabila kita duduk seorang diri melihat keindahan alam sambil ditemani bayu angin yang lembut menyapa sekaligus membuatkan kita terbuai-buai di awangan. Mungkin alam berkongsi segala perasaan yang kita alami dan ajaibnya segala gundah-gulana semakin menjauh dan hilang dibuai oleh sang angin yang menyapa. Alangkah seronoknya jika panorama seperti ini dapat dikekalkan di bumi persinggahan ini.
Subscribe to:
Posts (Atom)